EMPAYARKUKUBESI T-SHIRT FOTOSHOOT
27 dec yang lalu, satu fotoshoot anjuran empayarkukubesi telah di jalankan di sekitar shah alam dengan mengadakan beberapa siri dan lokasi berhampiran sec u11 bukit cerakah. telah di hadiri oleh seorang model wanita dan seorang model lelaki sessi ini di kendalikan oleh aku dan ananamri sebagai penata cahaya dan dibantu oleh gerila sebagai krew. laporan penuh akan dimasukkan pada minggu hadapan 5 januari 2009. akhir kata selamat menyambut tahun baru. seterusnya>>
BENGKEL FOTOVELA TELUK INTAN ( FANTASI )
bengkel ini merupakan yang kedua diadakan pada tahun 2007, siri bengkel ini di anjurkan oleh fotografer manjung dan telah berlangsung pada 10 jun 2008 dan telah disertai oleh 8 orang peserta. ini merupakan siri pembelajaran fotografi bertajuk " fantasi rumah usang ". aku terpaksa menyediakan baju untuk model ini yang mana kainnya di beli sepanjang 17 meter tanpa di jahit dan hanya dililit ke badan model mengikut kesesuaian. obor tersebut di sediakan oleh pihak penganjur. terima kasih abg aris.
seterusnya>>
BENGKEL FOTOVELA TELUK INTAN ( KLASIK )
bengkel ini meerupakan yang pertama untuk tahun 2009 yang akan di adakan pada penghujung januari dan awal feb 09, kerjasama antara fotokahwin dan empayarkukubesi merupakan bengkel yang ke 5 di anjurkan secara usaha sama. kepada mereka yang meminati dan ingin menambah pengetahuan dalam industri grafik album perkahwinan, anda disarankan untuk menyertai bengkel yang di anjurkan oleh pihak kami, insyallah akan menepati citarasa anda dan membuka mata anda tentang fotografik album perkahwinan.
seterusnya>>
PENGANTIN SIMEN DI BANGI
sekali lagi pasukan GERILA membantu aku dalam siri outdoor fotoshoot, kali ini pengantin di bangi delia dan edan. mereka berdua sangat supportive dan sempoi. tak kisah untuk berposing walaupun di ajak ke lokasi pembikinan simen dan longgokan batu kapur. kehadiran pasukan GERILA membantu dalam pencahayaan banyak membantu siri fotoshoot kali ini berjalan dengan lancar dan mencapai tahap yang diinginkan. kerjasama berpasukan yang di tunjukkan oleh GERILA amat memuaskan hati. mereka mampu bergerak dengan lebih jauh lagi dika diberi peluang.

seterusnya>>
EMPAYARKUKUBESI GRAFITI
dengan kepakaran oleh kawan aku berkenaan grafiti ini, maka aku panggil beliau untuk melaksanakan tugasan ini dan mereka ini menggelarkan diri sebagai SUPER SUNDAY yang bergerak aktif menjalankan aktiviti grafiti sekitar kuala lumpur. aktiviti kali ini dinamakan BOOMING dimana ianya dilakukan secara gerila pada waktu malam dan lokasi yang di persetujui adalah central market. di dinding inilah mereka mula-mula bekerya di awal pembabitan mereka dan kepada yang selalu ke central market anda akan dapat melihat karya mereka di belakang restoran annexe.
seterusnya>>
KWSP KALENDAR FOTOSHOOT
satu sessi fotoshoot untuk kumpulan wang simpanan pekerja telah berlangsung pada awal november yang lalu, sessi bermula daripada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang merangkumi beberapa pekerja kwsp sebagai model. sessi ini diketuai oleh aku sendiri dan bantuan pencahayaan oleh kumpulan GERILA yang disertai oleh mie broz dan undermysin. sessi ini bertujuaan untuk kalendar kwsp 2009 yang akan datang nanti, segalanya hendaklah disiapkan secepat mungkin kerana kwsp akan mengedarkan kalendar ini pada pertengahan disember keseluruh cawangannya di malaysia.
seterusnya>>
KURSUS REKABENTUK ALBUM PERKAHWINAN
bengkel ini meerupakan yang pertama untuk tahun 2009 yang akan di adakan pada penghujung januari dan awal feb 09, kerjasama antara fotokahwin dan empayarkukubesi merupakan bengkel yang ke 5 di anjurkan secara usaha sama. kepada mereka yang meminati dan ingin menambah pengetahuan dalam industri grafik album perkahwinan, anda disarankan untuk menyertai bengkel yang di anjurkan oleh pihak kami, insyallah akan menepati citarasa anda dan membuka mata anda tentang fotografik album perkahwinan.
PADANG LALANG PEKAN PAHANG
november 2007 aku ke pekan pahang untuk menghadiri perkahwinan kawan aku di pekan, jadi sessi untuk outdoor aku terpaksa mmencari lokasi yang menarik untuk memuaskan hati kawan aku, dengan bantuan 2 orang fotografer daripada kuantan, aku, rejim dan gezzeg telah menjalankan operasi pada pukul 12tengahari mencari lokasi, alhamdulillah kami menjumpai satu lokasi yang menarik, satu kawasan padang lalang yang diliputi oleh dedebu putih, dengan menggunakan lens "fish eye" milik Dr Ali maka kami pun menjalankan sessi bertiga dahulu. cuaca amat menarik dan kepulan awan membuatkan suasana sangat dramatik, apatah lagi dengan menggunakan lens fisheye. malangnya, menjelang petang kawan aku yang berkahwin tidak berkesempatan untuk menjamah lokasi ini kerana HUJAN. sorry naz, hanya aku yang sempat meratah keenakan lokasi ini.
seterusnya>>
BENGKEL EDITING KULIM
pada 19 julai yang lalu sempena siri Jelajah Jajah Malaysia, aku telah mengadakan sati siri bengkel editing photoshop bahagian utara yang di kendalikan oleh komunis cawangan utara iaitu En.Black, kehadiran 5 orang peserta membuatkan bengkel kali ini lebih fokus dan mencapai matlamat asal untuk memberi pendedahan secara total tentang penggunaan photoshop dalam pengolahan gambar digital. bermula pada 9 pagi dan berakhir pada 5 petang, sessi fotografi di jalankan di sekitar kulim. sessi fotografi kali ini di bantu oleh AMRUFM sebagai krew bantuan yang didatangi khas daripada kuala lumpur dan disebabkan ketiadaan model, maka aku sendiri terpaksa menjadi model pada sessi tersebut , aku memberikan sedikit sebanyak tentang cara fotografi yang aku telah lakukan, penjangaan perspektif, freaming dan compo kepada mereka. sessi CLS membuatkan mereka semua sangat teruja dan bersemangat untuk mengetahui dengan lebih mendalam teknik tersebut. bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir pada jam 7 malam, maka selepas selesai sessi fotografi ini, aku dan beberapa orang lain terus pulang ke pulau pinang dimana tempat aku menginap. alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.
BERONTAK AKIL BALIGH
penghujung julai lalu, selepas pulang daripada bengkel editing kulim, aku mengadakan satu sessi fotografi bertajuk "BERONTAK AKIL BALIGH" , jalan cerita ini berkisarkah kisah benar yang sedang melanda negara, isu Altantuya, dan aku lakukan semula siri ini sebelum kejadian letupan berlaku. tidak terlalu detail kepada jalan cerita sebenar cuma aku mengadaptasikan isu ini kedalam fotografi, alhamdulillah ianya berjalan lancar. lokasi di jalankan di puncak alam daripada 9 pagi hingga 4 petang dan di bantu oleh fae, kabir malek dan belanda selaku pelakon utama dan krew tambahan di bintangi oleh yaniz bangkit dan farah gunung online. siri ini lakukan sempena pameran seni RANTAI MERDEKA yang diadakan pada 23 ogos hingga 31 ogos 2008.
seterusnya>>
RANTAI MERDEKA JAYA ONE 23-31OGOS08
ini merupakan penglibatan kedua aku dalam siri pameran seni RANTAI, pertama pada disember 2007 dan ini merupakan yang kedua. pameran kali ini tidak seramai pameran yang pertama aku sertai dahulu tetapi pameran kali ini banyak memberi IMPAK baru dalam aku memperluaskan EMPAYARKUKUBESI dimata penduduk malaysia tentang kewujudan aku sebagai fotografik di malaysia. aku banyak mendapat ilmu baru dan pandangan positif daripada mereka yang berpengalaman melalui pameran kali ini.tidak seperti pameran pertama golongan sasar tertumpu kepada mereka yang muda remaja, tetapi kali ini fokus dan ruang penonton lebih terbuka kepada golongan global. terima kasih kepada RANTAI yang mengusahakan event ini dan semoga akan terus berkekalan.
seterusnya>>
REMBAU NEGERI SEMBILAN
sessi fotografi ini adalah antara aku dah Jeff ketika aku mula2 menceburi bidang fotografi perkahwinan, sessi ini di jalankan disebuah rumah usang di rembau setelah pengantin kepenatan dan kelietihan hingga terpaksa menolak sessi outdoor yang kami ingin jalankan. disebabkan kekecewaan melanda kami berdua, aku dan jeff pun mencari lokasi yang bersesuaian untuk menjalankan sessi fotografi dan setelah melilau hampir 30 minit dalam perjalanan pulang ke kuala lumpur, maka aku dan jeff bertemu dengan sebuah rumah suang yang sangat cantik dan bersesuaian untuk sessi fotografi yang ingin kami jalankan. walaupun berdua sahaja, tetapi kami puas dengan apa yang telah dihasilkan. berkonsepkan gothic jerangkung sessi ini berjalan selama satu jam.
seterusnya>>
SEPUPU TERENGGANU
awal bulan may yang lepas, sepupu aku Zul melangsungkan perkahwinan kat kuala terengganu, sepupu belah arwah mak aku, keluarga diaorang ni banyak membantu ketika keduri kendara kakak-kakak aku kawin dulu, jadi disebabkan akak aku dan abah tak dapat join sama datang ke terengganu, maka akulah terpaksa datang juga sebagai wakil, walupun wife aku tgh sarat mengandung, but dia cakap masih ok, maka aku pun terbanglah seorang ke kuala terengganu. sama seperti kenduti kawin kat mana-mana, cuma diaorang tak buat sanding la, cuma makan posing lebih kurang then aku pun kidnap lah sekejap diaorang berdua ni ke belakang rumah, seronok juga lah snap gamba sepupu sendiri walaupun free, sebab selalu snap gamba orang lain kan, but now ada peluang snap gamba darah daging sendiri rasa syok dia lain macam skit :). mak sedara aku memang happy lah dengan gambar-gambar yang aku ambil dan sebelum aku balik, mak sedara aku sempat bisik kat aku "berapa nak kena bayar ni li".tersentap aku dengan soalan dia, bukan terasa hati cuma aku terharu, sebab mak sedara aku takde pun mintak aku ambil gamba free dan sanggup nak bayar, cuma aku je yang tak ambil sebab dah pasang niat datang untuk raikan kenduri majlis sepupu aku ini. selamat pengantin baru zul