BENGKEL UNTUK PERMULAAN ( beginner )
BENGKEL UNTUK PERTENGAHAN ( intermediate )


DONA ADURA POST WEDDING 1
sessi yang di jalankan pada awal tahun yang lalu di laksanakan bersebelahan dengan hutan bukit cerakah shah alam, berlangsung selama 12 jam pada 8.00 pagi hingga 8.00 malam,

***KB | 22 MEI 2009



KUKUBESI KE PULAU PINANG
pada 17-19 april yang lalu aku ke pulau pinang untuk satu sessi bengkel anjuran persatuan jurugambar dan video pulau piang selaku tenaga pengajar , sessi tersebut berlangsung selama dua hari di NAZA HOTEL dan telah berlangsung dengan jayanya, tahniah kepada pihak penganjur dan di atas ini adalah sedikit buah tangan ketika sessi jalan-jalan cari makan aku ke pulau pinang. panas terik!!!

***KB | 28 APRIL 2009


POST WEDDING TASIK KEPONG
pada awal februari yang lalu, aku ada membuat satu sessi fotografi untuk satu pasangan yang telah lama berkahwin bersama anak-anak mereka, dilaksankan di dua lokasi iaitu tasik kepong dan tasik di tanjung malim. apa yang anda saksikan adalah gabungan 2 keping gambar tasik yang telah di shoot di kepong dan tanjung malim. terima kasih kepada keluarga Dona Adura yang sangat sporting.

***KB | 28 APRIL 2009

KUKUBESI KE PULAU BALI
pada 31 mac hingga 1 april yang lalu, kukubesi bersama teman-teman seperjuangan telah terbang ke pulau bali bagi operasi percutian dan kesempatan ini kukubesi manipulasi mengambil 100% kesempatan untuk membawa pulang sebaik mungkin ole-ole dari pulau tersebut. berbekalkan nikon d80 , sb600 dan sigma 10-20 maka inilah hasilnya yang dapat dikongsi bersama dengan seluruh rakyat malaysia khasnya dan penduduk serata dunia amnya. kukubesi akan kembali ke tanah seberang untuk merungkai khazanah alam yang terdapat di sana.

***KB | 8 APRIL 2009

/// grafik oleh : kukubesi
OPERASI KOLABERASI KUKUBESI + RAFIL THAZALI
secara spontan aku secara tidak di sengajakan ibarat perlanggaran tanpa sedar telah melakukan satu kolaberasi bersama SHAHZEEQ dan RAFIL THAZALI yang mempunyai daya usaha yang menarik melakukan sessi fotografi berkenaan sebuah band ACID PINK yang berkonsepkan ROCK era 80 an sebagai sessi fotografinya. di atas ini adalah 3 keping gambar yang telah diberikan kepada aku ( kukubesi manipulasi ) untuk di masukkan pengolahan grafik gaya aku.ia merupakan satu penghargaan dimana beliau sudi meminjamkan karya beliau ini.

***KB | 24 MAC 2009
MANIPULASI FOTOSHOOT BUKIT BANDARAYA
satu siri fotoshoot telah dijalankan pada hari ahad 8 mac 2009 bertempat di bukit bandaraya shah alam, sessi ini telah berlangsung dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam yang di sertai oleh 2 orang model suami isteri dona adura dan sheikh faizal serta di temani 4 orang komunis bantuan iaitu, ananamri selaku penataan cahaya , razli tugas-tugas khas , aiman video grafer dan farina selaku andaman. dalam suasana yang panas terik sessi ini terus dijalankan dan alhamdulillah kami mencapai objektif yang ingin di rancangkan. terdapat empat persalinan dan apa yang anda saksikan merupakan salah satu persalinan tersebut, nantikan kemunculan penuh tidak lama lagi. selamat menonton dan teruskan bersama kami di KUKUBESI MANUPULASI

***KB | 17 MAC 2009

karya 001 karya 002 karya 003
karya 001 karya 002 karya 003